MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH MATERIEL DAN PS 1 SISMAT

image 6487327 image 6487327 1 image 6487327 2
image 6487327 3 image 6487327 5 image 6487327 6

 

KUALA LUMPUR, 7 Jun 22 – Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Materiel telah berlangsung di antara Kol Nor Azmi bin Abd Rahman TUDM dengan Brig Jen Mohamad Fakhri bin Yahya TUDM dan Pemangku PS 1 SISMAT di antara Kol Norizan binti Wahab TUDM dengan Mej Muhammad Zamani bin Saat TUDM pada hari ini. Kol Nor Azmi bin Abd Rahman TUDM akan memulakan tugas sebagai Pengarah Belanjawan Markas Tentera Udara manakala Kol Norizan binti Wahab TUDM akan bertukar keluar dan memulakan tugas sebagai Pegawai Khas TUDM di Kementerian Kewangan Malaysia.

Acara serah terima tugas yang diadakan di MTU-Materiel telah disaksikan oleh Asisten Ketua Staf Materiel, Mej Jen Dato' Zainal bin Abdul Manaf TUDM serta turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari MTU-Materiel. Turut berlangsung juga majlis penyampain cenderahati kepada staf MTU-Materiel yang bakal menamatkan perkhidmatan tidak lama lagi yang disampaikan oleh AKS Materiel.

Di dalam ucapan beliau, AKS Materiel mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada pegawai yang bakal bertukar keluar serta anggota yang bakal menamatkan perkhidmatan. Beliau juga mengingatkan supaya semua pegawai dan staf sentiasa menunjukkan kecemerlangan di mana sahaja tempat berkhidmat.