MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI STAF 2 AKAUN MARKAS TENTERA UDARA

WhatsApp Image 2024 01 12 at 161636 WhatsApp Image 2024 01 12 at 161637
WhatsApp Image 2024 01 12 at 161638 WhatsApp Image 2024 01 12 at 161638 2

 

KUALA LUMPUR, 12 Jan 24 – Pengarah Perkhidmatan Markas Tentera Udara (MTU), Kol Zuhamri bin Mat Daud TUDM telah menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Staf 2 Akaun, Cawangan Perkhidmatan MTU yang diadakan di Bilik Nuri MTU, hari ini.

Dalam majlis ini menyaksikan serah terima tugas di antara Mej Khairol Anuar bin Asispol Bahar dengan Kapt Nur Diyana bin Che Omar. Simbolik bagi upacara ini disempurnakan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan disusuli dengan pertukaran nota tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada Mej Khairol Anuar bin Asispol Bahar di atas khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang menggalas jawatan ini dan tahniah juga diucapkan kepada Kapt Nur Diyana bin Che Omar di atas pelantikan sebagai Pegawai Staf 2 Akaun, Cawangan Perkhidmatan MTU yang baharu.