MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI STAF 1 A1 MARKAS PEMERINTAHAN OPERASI UDARA

1 2 3

 

SUBANG, 3 Jul 2025 – Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Staf 1 A1 Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) telah berlangsung antara Lt Kol Badrul Hisyam bin Mohd Noor TUDM dengan Lt Kol Mohd Irwan bin Asmail TUDM dan disaksikan oleh Ketua Staf MPOU, Mej Jen Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM. Majlis yang berlangsung di Foyer Markas Pemerintahan Operasi Udara turut dihadiri oleh Ketua Bahagian dan pegawai kanan MPOU.

Seluruh warga MPOU merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Lt Kol Badrul Hisyam bin Mohd Noor TUDM atas segala jasa, khidmat bakti dan sumbangan cemerlang beliau sepanjang memegang jawatan tersebut. Selamat bersara diucapkan kepada beliau yang bakal menamatkan perkhidmatan dalam TUDM.

Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada Lt Kol Mohd Irwan bin Asmail TUDM atas pelantikan beliau sebagai Pegawai Staf 1 A1 yang baharu. Semoga terus cemerlang dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN