LABUAN, 12 Jan 23 - Majlis serah terima tugas Pegawai Memerintah No 5. Skuadron telah dilaksanakan di antara Mej Helmi bin Che Mat TUDM dengan Mej Ahmad Tarmizi bin Sokri TUDM.
Majlis yang diadakan di Membidai 2, Pergerakan Udara Pangkalan Udara Labuan ini telah disaksikan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Haji Muhammad Taha bin Hamdan TUDM serta turut dihadiri oleh barisan eksekutif pangkalan.
Seluruh warga PU Labuan merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Mej Helmi bin Che Mat TUDM di atas jasa dan khidmat bakti sepanjang beliau memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah No. 5 Skn. Tahniah juga diucapkan kepada Mej Ahmad Tarmizi bin Sokri TUDM di atas pelantikan sebagai Pegawai Memerintah No 5 Skn yang baharu dalam memacu No 5 Skn khususnya dan TUDM amnya kearah yang lebih maju.