BUTTERWORTH, 18 Dis 23 - Perbarisan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah No 3 Skuadron telah disempurnakan di Hangar No 3 Skn, Pangkalan Udara Butterworth.
Upacara Majlis Serah Terima Tugas di antara Lt Kol Mohd Faizal bin Abdul Latiff TUDM dengan Mej Siti Solehah binti Abdullah TUDM telah disaksikan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Khairol Muzambi bin Salehin TUDM.
Seluruh warga Pangkalan Udara Butterworth dan No 3 Skuadron mengucapkan jutaan terima kasih kepada Lt Kol Mohd Faizal bin Abdul Latiff TUDM atas jasa bakti dan sumbangan beliau sepanjang memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah No. 3 Skuadron. Beliau akan mengikuti Kursus Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan) di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT).
Tahniah juga kepada Mej Siti Solehah binti Abdullah TUDM yang memegang tampuk pemerintahan baru sebagai Pegawai Memerintah No 3 Skuadron. Semoga terus berjaya dan cemerlang di dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Kol Engku Faizal bin Engku Mustaffa TUDM, Pegawai Laksana Pangkalan Udara Butterworth dan barisan eksekutif pangkalan.