MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI MEMERINTAH NO 14 SKUADRON

1 2 3
4 5 6

 

LABUAN, 26 Jun 23 – No 14 Skuadron telah melakar sejarahnya yang baharu pada hari ini dengan penyerahan tampok pemerintahan No 14 Skuadron di antara Lt Kol Zulazri bin Ibrahim TUDM dan Mej Ahmad Zikri bin Azhar TUDM. Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah No 14 Skuadron telah disaksikan dan disempurnakan oleh Komander Pangkalan Udara Labuan, Brig Jen Hj Muhammad Taha bin Hamdan TUDM. Turut hadir di majlis ini ialah Pegawai Eksekutif Pangkalan Udara Labuan, Lt Kol Rosli bin Hashim TUDM, Pegawai-Pegawai Memerintah Skuadron, Ketua-Ketua Cawang serta warga No 14 Skuadron.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepad Lt Kol Zulazri bin Ibrahim TUDM di atas jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berada di No 14 Skuadron.

Sekalung tahniah juga diucapkan kepada pegawai memerintah No 14 Skuadron, Mej Ahmad Zikri bin Azhar TUDM di atas pelantikan beliau.