ALOR SETAR, 26 Mei 22 - Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Eksekutif Kolej Tentera Udara di antara Lt Kol Hj Roslan bin Al Mustaffa TUDM dengan Mej Harim bin Hassan TUDM telah diadakan di hadapan Markas Kolej Tentera Udara.
Upacara menandatangani dan penyerahan dokumen serah terima tugas ini telah disaksikan oleh Komandan Kolej, Brig Jen Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM.