MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA CAWANGAN KAWALAN LALULINTAS UDARA (KLLU) JAMCC SEPANG

WhatsApp Image 2026 01 22 at 11.27.21 WhatsApp Image 2026 01 22 at 11.27.22 WhatsApp Image 2026 01 22 at 11.27.22 1

 

SEPANG, 19 Jan 26 – Majlis serah terima tugas jawatan Ketua Cawangan Kawalan Lalulintas Udara JAMCC, Sepang diantara Lt Kol Mohamad Nor Azlan bin Ab Rahim TUDM dan Lt Kol Anuar bin Che Hassan TUDM telah di sempurnakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama JAMCC, Sepang.

Acara serah terima tugas ini telah disaksikan oleh Pemangku Komander JAMCC,Sepang, YBhg Kol Wan Amir Zaki bin Wan Hassan TUDM dihadiri oleh Pegawai-pegawai JAMCC dan anggota JAMCC, Sepang.

Seluruh warga JAMCC Sepang menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Lt Kol Mohamad Nor Azlan bin Ab Rahim TUDM di atas jasa dan khidmat bakti beliau sepanjang memegang jawatan sebagai Ketua Cawangan Kawalan Lalulintas Udara (KLLU).

Selamat bertugas juga diucapkan kepada Lt Kol Anuar bin Che Hassan TUDM yang menjawat jawatan sebagai Ketua Cawangan Kawalan Lalulintas yang baharu. Semoga dapat menjalankan Amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan cemerlang.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN