KUALA LUMPUR, 15 DIS 20 – Majlis Serah Menyerah Masjid Abdullah bin Zubair telah dilaksanakan di antara Komander Pangkalan Udara Sendayan, Kol Mohamad Noh bin Daim TUDM dengan Timbalan Pengarah Operasi JAWI, Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan yang mewakili Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI).
Serah terima tugas ini telah disaksikan oleh AKS Tadbir, Brig Jen Hj Mohd Suhaimi bin Hj Sahri TUDM; Timbalan Ketua Pengarah Operasi & Pembangunan Insan KAGAT, Brig Jen Hj Muhammad Azmi bin Wahab; wakil CEO Bandar Malaysia Sdn Bhd, En Jaffa Sany Arifin delegasi dari Jabatan Arah KAGAT serta delegasi dari Bandar Malaysia Sdn Bhd.
Masjid Abdullah bin Zubair yang dahulunya pengoperasiannya di bawah seliaan Pangkalan Udara Kuala Lumpur kini telah diserahkan sepenuhnya kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) .