ALOR SETAR, 20 Mei 22 - Hampir 1600 orang hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Kolej Tentera Udara yang telah diadakan di Dewan Banquet OMQ, Kolej Tentera Udara.
Brig Jen Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM, Komandan Kolej Tentera Udara merasmikan majlis tersebut yang dihadiri oleh warga KTU bersama ahli keluarga. Turut hadir, Pengurus Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Pengarah Metreologi Negeri Kedah dan Pengurus CAAM.
Pelbagai juadah menarik disediakan untuk tetamu hadir. Majlis seumpama ini tidak dapat dilaksanakan sepanjang dua tahun yang lepas memandangkan negara ketika itu masih di dalam pandemik yang serius. Peluang ini diambil sepenuhnya oleh warga KTU dengan membawa keluarga meraikan sambutan raya kali ini.
Selain meraikan Hari Raya Aidilfitri yang mulia dalam suasana yang muhibbah, majlis ini juga bertujuan mengeratkan silaturrahim sesama warga KTU.
Di akhir majlis, upacara duit raya kepada kanak-kanak yang hadir telah disempurnakan oleh Komandan.