KINRARA, 21 Jun 22 – Majlis Perasmian Pembukaan Kursus Integrated Logistics Support (ILS) For Managers telah disempurnakan oleh Pengarah Belanjawan, Kol Nor Azmi bin Abd Rahman TUDM bertempat di Auditorium INSMAT TUDM KINRARA. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pegawai Memerintah, pegawai-pegawai serta jurulatih INSMAT.
Kursus ini akan dilaksanakan selama empat (4) hari bermula 21 Jun 2022 hingga 24 Jun 2022 dengan melibatkan penyertaan seramai 14 peserta kursus terdiri daripada pegawai-pegawai TUDM. Kursus ini merupakan Kursus Pengurusan Logistik yang bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan konsep Bantuan Logistik Bersepadu (Integrated Logistics Support) kepada pegawai pengurusan pertengahan TUDM.