![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 26 Apr 24 – Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Yusri bin Jamari TUDM telah menyempurnakan Majlis Perasmian Kejohanan Mini Olimpik (KMO) Tahun 2024/2025 yang berlangsung di Mini Stadium, Pangkalan Udara Subang.
Dalam kejohanan ini, sebanyak enam (6) pasukan yang terlibat iaitu gabungan No 2 Skuadron dengan Cawangan Kejuruteraan; gabungan No. 16 Skuadron, No 8 Skuadron, No 20 Skuadron dan PLTT Angkut dengan Cawangan Operasi; gabungan Cawangan Materiel, Cawangan Bomba, PUSPEKA dengan JKR; dan yang terakhir ialah Gabungan Cawangan Tadbir, Skuadron 211 Handau serta IPP. Kejohanan pada tahun ini akan dipertandingkan sebanyak 16 acara.
Upacara pembukaan diserikan lagi dengan perlawanan akhir bola sepak di antara No 20 Skuadron menentang Gabungan Cawangan Materiel, Cawangan Bomba, PUSPEKA dan JKR. Majlis ini turut menyemarakkan dengan persembahan oleh Badan Kesenian Tentera Udara, drumliner serta telah dihadiri oleh keluarga dan anak-anak warga Pangkalan Udara Subang.