![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 26 Apr 22 – Komander Pangkalan Udara Kuantan, Brig Jen Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM dan isteri, Puan Zaity Junaida Binti Mohd Zaki telah membuat lawatan ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) PU Kuantan.
Dalam lawatan ini juga, Komander Pangkalan telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Raya kepada tujuk (7) Guru dan 41 Pelatih PPDK. Sumbangan yang berupa duit raya dan hamper adalah dari Kerajaan Negeri Pahang dan ATM.
![]() |
![]() |
![]() |
Komander Pangkalan dan isteri turut meluangkan masa beramah mesra bersama pelatih. Diharapkan melalui sumbangan ini dapat mengukir kegembiraan buat semua pelatih PPDK sekaligus mencerminkan keprihatinan pimpinan Kerajaan Negeri dan ATM terhadap anak-anak istimewa.
Turut hadir Pegawai Laksana Pangkalan, Kol Zulkefli bin Hj Samsu Hadi TUDM dan isteri Puan Faesneza binti Mohd Zain serta ibu bapa pelatih.