![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
GONG KEDAK, 25 Ogos 22 – Ketua Pengarah Directorate General Technical Airworthiness (DGTA), Brig Jen Ir Nordin bin Abdul Ghani TUDM telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Sijil Approved Maintenance Organisation (AMO) kepada No 12 Skuadron dan Cawangan Kejuruteraan serta Penyerahan Sijil Approved Maintenance Tranning Organisation (AMTO) kepada Sekolah Sistem Pesawat Sukhoi Su-30MKM bertempat di Auditorium No 12 Skuadron, Pangkalan Udara Gong Kedak.
Ketibaan Ketua Pengarah DGTA telah disambut oleh Pemangku Komander Pangkalan, Lt Kol Mazlizan bin Shaikh Osman TUDM, Eksekutif Pangkalan serta Pegawai-pegawai No 12 Skuadron dan Cawangan Kejuruteraan, PU Gong Kedak.
Penerima Sijil AMO dan AMTO dari No 12 Skuadron di wakili Ketua Flait Kejuruteraan No 12 Skn, Lt Kol Shahril Ameir bin Ani TUDM dan Sijil AMO Cawangan Kejuruteraan diwakili oleh Ketua Cawangan Kejuruteraan, Lt Kol Suhardi bin Mohd Daud TUDM.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Selain itu juga, Ketua Pengarah DGTA turut berkesempatan melawat ke Pusat Service Teknikal (PST) Cawangan Kejuruteraan bagi melihat pengoperasian dalam melaksanaan senggaraan dan baikpulih pesawat Sukhoi Su-30 MKM yang sedang dijalankan.
Turut bersama dalam majlis ini ialah Pengarah AAMR DGTA, Kol Ruszali bin Zakaria TUDM; PS1 STRATEGIK, Lt Kol Sah Rurazi bin Ahmad TUDM; Pegawai Kejuruteraan serta barisan Pegawai Waran Kejuruteraan dan Jurulatih Sekolah Sistem No 12 Skn.