SUBANG, 2 Mei 22 - Satu Majlis Penyerahan Beg Raya dan Meraikan Petugas 1 Shawal, Pangkalan Udara Subang kepada pegawai dan anggota TUDM yang bertugas telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Omar bin Hj Dawami TUDM.
Beliau turut diiringi oleh Pegawai Memerintah No. 2 Skn, Lt Kol Hassan Basri bin Tajul Ariffin TUDM, Eksekutif Pangkalan, serta keseluruhan Pegawai dan anggota TUDM yang bertugas pada 1 Shawal bertempat di Dewan Ababil, PU Subang. Di majlis tersebut Komander Pangkalan telah menyampaikan beg hari raya dan turut majlis diserikan dengan jamuan Hari Raya Aidilfitri. Majlis ini diakhiri dengan sesi lawatan dan sesi bergambar di skuadron-skuadron penerbangan di Pangkalan Udara Subang.
Semoga dengan majlis penyerahan beg raya dan meraikan petugas 1 Shawal ini dapat meningkatkan semangat pegawai dan anggota Pangkalan Udara Subang yang bertugas semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 ini.