ALOR SETAR, 10 Mei 21 - Seramai 20 orang anggota termasuk seorang pegawai Kolej Tentera Udara yang akan bertugas ketika Hari Raya Aidilfitri, diraikan dalam satu majlis penyampaian bungkusan beg Hari Raya yang diadakan bertempat di hadapan Markas Kolej Tentera Udara.
Majlis penyampaian bungkusan beg Hari Raya ini yang juga menjadi acara tahunan di KTU, disempurnakan oleh Komandan Kolej Tentera Udara, Brig Jen Masro bin Kaliwon TUDM dan diiringi oleh Ketua Cawangan Tadbir KTU, Lt Kol Yusnizam bin Mohamad Jalil TUDM.
Turut hadir sama bagi meraikan majlis tersebut adalah pegawai-pegawai memerintah serta anggota LLP dari setiap seksyen di KTU. Sumbangan berkenaan juga sebagai penghargaan KTU terhadap pengorbanan pegawai dan anggota yang menjalankan tugas ketika Aidilfiri.