![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 10 Apr 25 - Komander Pangkalan Udara Kuantan, Brig Jen Ahmad Edros bin Ahmad Osman TUDM telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Pangkalan Udara Kuantan bertempat di Bangunan Pergerakan Udara.
Tim Chameleon Vanguard dengan projek inovasi Combat Battery Device (COMBAD) dari Skuadron 401 dan Tim Smoke Jumper dengan projek inovasi Redzone Brightener dari Cawangan Bomba telah terpilih mewakili Pangkalan Udara Kuantan ke Pertandingan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat TUDM bagi tahun 2025.
Penglibatan dalam pertandingan ini mencerminkan budaya inovasi sentiasa dipraktiskan oleh warga pangkalan disampingkan dapat memberikan impak positif dari segi imej serta tahap kecekapan anggota.
Seluruh warga pangkalan mengucapkan selamat maju jaya kepada kedua-dua tim dan semoga memperoleh kejayaan yang membanggakan di peringkat TUDM kelak.