MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUP SQUADRON OFFICER COURSE (SOC) SIRI 103/25

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

SENDAYAN, 10 Jul 25 - Ketua Staf Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara, Brig Jen Norazman bin Ismail TUDM telah menyempurnakan perasmian Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Squadron Officer Course (SOC) Siri 103/25.

Majlis yang diserikan lagi dengan kehadiran Pegawai Memerintah INSKEP, Lt Kol Syaffiza bin Abdul Razak TUDM bersama dengan pegawai-pegawai, jurulatih-jurulatih serta staf INSKEP.
Objektif utama kursus ini dilaksanakan adalah untuk melatih peserta kursus dalam pengurusan di peringkat pertengahan (intermediate) bagi melaksanakan penugasan staf atau eksekutif di unit masing-masing sama ada di dalam TUDM mahupun ATM.

Kursus yang telah berlangsung selama 11 minggu ini melibatkan seramai 30 penuntut berpangkat Kapt TUDM dari pelbagai tred dan unit. Sepanjang tempoh kursus ini dijalankan, penuntut kursus telah didedahkan dengan tujuh (7) modul latihan iaitu Service Writing, Effective Communication Skill, Leadership, Management, Military Law, RMAF Air Warefare dan Modul Kaya Budi.

Tahniah diucapkan kepada Kapt Muhammad Hazim bin Tajuddin TUDM dari No. 12 Skn atas kejayaan dinobatkan sebagai Penuntut Terbaik Keseluruhan dan juga kepada Kapt Mohamad Jamilul Haq bin Azman TUDM dari MTU-Materiel yang telah dinobatkan sebagai Penuntut Akademik Terbaik. Manakala Anugerah Sindiket Terbaik pula telah disandang oleh Sindiket Alpha.

Antara agenda dalam majlis penutup ini adalah pembentangan kertas kerja Ex Herald 1 bertajuk “The Challenge in RMAF CAP55 Programme Beyond 2035” yang telah disampaikan oleh para penuntut. Sesi pembentangan yang penuh impak dan menarik ini diselia oleh Lt Kol Khamizan bin Morsidi TUDM.

Sekali lagi, syabas dan tahniah diucapkan kepada kesemua 30 penuntut yang telah berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN