MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUP KURSUS SEKOLAH KAWALAN PERTAHANAN UDARA

1 2 3
4 5 6

 

KUANTAN, 27 Jun 23 - Sekolah Kawalan Pertahanan Udara (SKPU), Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah mengadakan majlis penutup bagi Air Surveillance Management Course (ASMC) Serial 69/23 bertempat di Auditorium Sekolah Bomba Menyelamat (SBM) yang telah disempurnakan oleh Komandan INSPRA, Kol Mohd Shahfreen bin Baba TUDM dan diiringi oleh Ketua Sekolah Kawalan Pertahanan Udara, Lt Kol Mazura binti Mahamood TUDM. Majlis juga turut dihadiri oleh, Ketua-ketua Sekolah dan Bahagian serta barisan jurulatih.

Kursus yang telah berlangsung selama 8 minggu bermula 8 Mei 23 hingga 30 Jun 23 ini melibatkan seramai 9 peserta kursus berpangkat Sarjan Udara (Sjn U) dan kesemua peserta telah menamatkan kursus dengan berjayanya. Manakala Anugerah Peserta Kursus Terbaik pula telah disandang oleh Sjn U Nur Hasliza binti Ahmad dari unit INSPRA.

Objektif utama kursus ASMC dilaksanakan adalah untuk melatih dan melahirkan PTTK dari ketukangan Juruteknik Pengawasan Udara (JPU) berpangkat Sjn U bagi melaksanakan tugas Air Surveillance Officer (ASO) di unit-unit pertahanan udara.

Diakhir majlis, Komandan INSPRA melalui ucapan beliau juga mengingatkan kepada semua peserta kursus bahawa pemantauan yang berterusan perlu dilakukan oleh PTTK bagi mengelakkan anggota PTTR terlibat dengan kes salah laku seperti jenayah tubuh badan, buli, dadah, sexual harassment, judi online dan lain-lain kesalahan disiplin sepertimana yang telah termaktub di dalam Direktif PTU dan pengarahan semasa. Setiap peserta kursus bertanggungjawab menjalankan tugas dengan penuh integriti demi menjaga nama baik institut dan perkhidmatan TUDM. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta kursus yang telah berjaya menamatkan kursus dengan jayanya.