SENDAYAN, 12 Apr 21 – Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Pegawai Kanan Tadbir (KPKT) Siri 2/21 telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Hj Mohd Suhaimi bin Hj Sahri TUDM di Wisma Perwira Pangkalan Udara Sendayan. Majlis turut dihadiri oleh Komander PU Sendayan, Kol Hj Ahmad bin Yusof TUDM; Pengarah MPSTU, Kol Md Noh bin Daim TUDM; Komandan ATU, Kol Baharudin bin Abu Hassan TUDM; Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Operasi Negara (ATM) – MKN, Kol Hj Ahmad Roslan Zaki bin Abdul Ghani TUDM; Pengarah Provos Marsyal Udara, Lt Kol Mokhtar bin Abdul Rahman TUDM dan Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM serta pegawai, jurulatih dan staf INSTAR.
Kursus ini telah berlangsung selama 6 minggu di Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) bermula pada 1 Mac 21 dan tamat pada 12 Apr 21. Kursus ini dihadiri oleh 14 pegawai lelaki dan seorang pegawai wanita yang berpangkat dari Kapt TUDM hingga Mej TUDM yang telah berkhidmat melebihi 15 tahun di dalam Cawangan Pentadbiran.
Penuntut Akademik Terbaik dan Keseluruhan Terbaik bagi Kursus Pegawai Kanan Tadbir Siri 2/21 telah disandang oleh Mej Hanif Omar bin Abdul Majid TUDM daripada MTU Tadbir – CPJ Zon Timur. Tahniah diucapkan kepada beliau dan semua penuntut Kursus Pegawai Kanan Tadbir Siri 2/21 yang telah berjaya menamatkan kursus dengan jayanya.