MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUP KURSUS FLIGHT OPERATIONS MANAGEMENT (FOM) SIRI 20/23

WhatsApp Image 2023 07 21 at 114629 AM 1 WhatsApp Image 2023 07 21 at 114630 AM WhatsApp Image 2023 07 21 at 114630 AM 1

 

KUANTAN, 20 Jul 23 - Komandan INSPRA, Kol Mohd Shahfreen bin Baba TUDM telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Flight Operations Management (FOM) Siri 20/23 dan diringi oleh Ketua Jurulatih Latihan INSPRA, Lt Kol Sharidan bin Nemad TUDM. Majlis turut dihadiri oleh Ketua-ketua Sekolah dan Bahagian serta barisan jurulatih.

Kursus ini telah bermula pada 20 Mac 23 dan berakhir pada 21 Jul 23. Seramai 30 Peserta Kursus anggota LLP yang terdiri daripada 29 anggota bertukangan Pembantu Kawalan Trafik Udara (PKTU) berpangkat Kpl U dan seorang anggota berpangkat Laskar Udara Kanan. Kursus ini telah berlangsung selama 18 minggu, kesemua peserta telah menamatkan kursus dengan jayanya.

Objektif kursus ini dilaksanakan adalah untuk melatih anggota bagi melaksanakan tugas sebagai Penyelia Operasi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan tugas di Bilik Operasi Udara. Sepanjang kursus ini berlansung, peserta kursus didedahkan dengan tiga (3) modul latihan iaitu Modul General Service Training, Modul Flight Operations dan Modul Team Resource Management.

Di dalam Kursus ini Kpl U Muhammad Noraizat bin Mohd Rasip telah dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Keseluruhan.

Komandan INSPRA telah merakamkan ucapan tahniah kepada semua peserta kursus dan semoga segala ilmu yang dipelajari sepanjang kursus dapat dipraktikkan semasa bertugas di unit masing-masing. Diakhir majlis turut diadakan acara bergambar bersama Peserta Kursus sebagai tanda kenangan.