![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 10 Jul 2025 - Sekolah Kawalan Pertahanan Udara (SKPU), Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Bagi Air Surveillance Supervisor Course (ASSC) Serial 86/25 bertempat di Auditorium Sekolah Bomba dan Menyelamat (SBM) yang telah disempurnakan oleh Pemangku Komandan INSPRA, Lt Kol Mohamad Hasry bin Azhar TUDM dan diiringi oleh Pemangku Ketua Jurulatih Latihan, Lt Kol Mazura binti Mahamood TUDM. Majlis juga turut dihadiri oleh, Ketua-ketua Sekolah dan Bahagian serta barisan Jurulatih INSPRA.
Kursus yang telah bermula dari 6 Jan 25 hingga 11 Jul 25 ini melibatkan seramai 18 peserta kursus berpangkat Kpl U telah berjaya menamatkan kursus dengan jayanya. Objektif kursus ini dilaksanakan adalah untuk melatih anggota Juruteknik Pengawasan Udara (JPU) dengan memberikan pengetahuan dan kemahiran tentang teknik pengawasan, penyeliaan dan komunikasi untuk melaksanakan peranan dan fungsi di dalam seksyen pengawasan udara. Sepanjang kursus ini berlangsung, peserta kursus telah didedahkan dengan tiga (3) modul latihan iaitu General Service Training - NCO Level 5, Operation Supervising Section (OSS), dan Airspace Surveillance Coordination (ASC).
Bagi Anugerah Peserta Kursus Terbaik Keseluruhan ASSC Serial 86/25 telah disandang oleh 731881 Kpl U Amir bin Azlan dari MAWILUD 2.
Melalui ucapan penutup, YBhg Pemangku Komandan telah merakamkan ucapan tahniah kepada kesemua peserta kursus dan turut memberi nasihat sebagai pedoman para peserta kursus untuk berkhidmat di unit kelak.
Tahniah kepada semua peserta kursus serta semua jurulatih dan tenaga pengajar yang terlibat dalam penganjuran ASSC Serial 86/25.