MAJLIS PENUTUP PROGRAM PENURUNAN BERAT BADAN (BMI) KOLEJ TENTERA UDARA

DSC 0064 resize DSC 0065 resize DSC 0069 resize
DSC 0070 resize WhatsApp Image 2023 03 10 at 104417 1 WhatsApp Image 2023 03 10 at 104418

 

ALOR SETAR, 10 Mac 23 - MAJLIS Penutup Program Penurunan Berat Badan (BMI) yang dianjurkan oleh Seksyen Jasmani KTU telah diadakan bertempat di Gunung Keriang. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya bermula 13 Feb dan tamat pada hari ini, 10 Mac 2023.

Program Penurunan Berat Badan dilaksanakan bertujuan untuk mengekalkan Pegawai dan anggota LLP yang mempunyai masalah berat badan ke berat yang ideal selaras dengan kehendak perkhidmatan. Konsep latihan merangkumi beberapa aktiviti antaranya daya ketahanan kardiovaskular, ketahanan kelajuan (speed endurance) dan ketangkasan (agility).

Sempena menjayakan majlis penutup ini, seramai 25 peserta program termasuk Pegawai dan anggota LLP telah membuat pendakian ke puncak Gunung Keriang.

Turut hadir merasmikan majlis penutup adalah Lt Kol Mohd Faridz bin A`azir TUDM, Ketua Cawangan Operasi KTU.