MAJLIS PENUTUP LATIHAN SATU PERKHIDMATAN MALBATT 850-10

image 6483441 image 6483441 1 image 6483441 2

image 6487327 7

JUGRA, 15 Julai 2022 - Panglima Rejimen TUDM, Brig Jen Meor Ahmad Kamal bin Hj Meor Termizi TUDM telah menyempurnakan Majlis Penutup Latihan Satu Perkhidmatan MALBATT 850-10 bagi pegawai dan anggota TUDM.

Latihan ini telah dilaksanakan mulai 20 Jun 22 sehingga 15 Jul 22 dengan kekuatan seramai tujuh (7) Pegawai dan 115 anggota LLP. Pegawai dan anggota LLP yang terlibat telah didedahkan dengan pelbagai modul teori dan praktikal merangkumi pengendalian senjata, perhubungan semboyan, latihan membaca peta, pertolongan cemas, rondaan berjalan kaki dan berjentera serta pengenalan terhadap peranan MALBATT.

Selain itu, pegawai dan anggota LLP turut melaksanakan latihan fizikal seperti latihan jasmani, senaman perang dan jalan lasak. Latihan ini adalah bertujuan untuk memastikan pegawai dan anggota TUDM sentiasa siap sedia untuk diaturgerak bagi menyertai misi pengamam.

Setelah melalui tempoh latihan dan sesi temuduga oleh MTU-Bahagian Sumber Manusia, hanya enam (6) Pegawai dan 94 Anggota LLP yang layak dan terpilih untuk melapor di MALBATT Village, Port Dickson bagi menjalani Force Integration Training (FIT) mulai 18 Jul 22 sehingga 9 Sep 22.

Semoga semua pegawai dan anggota TUDM yang terpilih menyertai misi dapat melaksanakan tangganggungjawab yang diamanahkan dengan cemerlang sebagai kontinjen TUDM bagi MALBATT 859-10 yang akan menggantikan MALBATT 850-9 kelak.