ALOR SETAR, 14 Apr 23 – Sekolah Latihan Pegawai (SLP) telah melaksanakan Majlis Penutup Latihan Ketenteraan Tahun Akhir (LKTA) Siri 10/22 bertempat di Dewan Auditorium SLP.
Majlis ini dimulai dengan penyampaian sijil kepada 46 Pegawai Kadet oleh Pegawai Eksekutif Kolej Tentera Udara (KTU), Kol Ungku Suzaini bin Ungku Ahmad TUDM.
Majlis diteruskan dengan ucapan penutup kursus oleh Pegawai Eksekutif Kolej Tentera Udara. Majlis ini dihadiri oleh para pegawai, jurulatih SLP dan wakil Ketua-Ketua Cawangan dari Kolej Tentera Udara yang turut sudi meluangkan masa hadir ke majlis ini sebagai tetamu jemputan.
Komandan ATU, Kol Junairi bin Baharom TUDM dan seluruh warga SLP mendoakan agar semua Pegawai Kadet LKTA Siri 10/22 yang telah berjaya menamatkan latihan selama enam bulan di SLP seterusnya berjaya ditauliahkan sebagai pegawai dalam perkhidmatan TUDM kelak.