MAJLIS PENUTUP KURSUS SENJATA PEG/PTT SIRI 41/20

1 2 3
4 5

 

BUKIT IBAM, 9 Nov 2020 – Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Hj Mohd Suhaimi bin Hj Sahri TUDM telah menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Senjata Peg/PTT Siri 41/20 yang diadakan di Dewan Seri Ibam, Sekolah Latihan Tempur TUDM Bukit Ibam.

Anugerah Penuntut Penembak Terbaik bagi Kursus Senjata Peg/PTT telah dinobatkan kepada Kpl U Mohd Shakirin bin Rajgaffur manakala bagi anugerah Akademik Terbaik pula dinobatkan kepada Kapt Mohd Hairul Hakim bin Akhirrudin TUDM dan anugerah Penuntut Terbaik Keseluruhan Kursus Senjata Peg/PTT dinobatkan kepada Sjn U Amri bin Azizan.

Sementara itu, AKS Tadbir turut menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat kepada seorang pegawai dan dua anggota LLP.

Dalam ucapan AKS Tadbir, beliau mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta Kursus Senjata Peg/PTT Siri 41/20 yang telah berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya. Beliau turut mengingakan kepada pelatih agar tidak terlibat dengan gejala tidak bermoral dan boleh menjejaskan nama baik TUDM. Diakhir ucapan, beliau berharap agar segala ilmu pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh semasa kursus tidak akan disia-siakan serta menghasilkan sumbangan yang bermakna kepada TUDM khasnya dan ATM amnya.

Turut hadir Panglima MAREJ, Kol Meor Ahmad Kamal bin Hj Meor Termizi TUDM Pegawai Memerintah SLTT, Lt Kol Jafridin bin Bahari TUDM serta pegawai, jurulatih dan staf SLTT.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer