MAJLIS PENUTUP KURSUS PERFORMANCE BASED CONTRACTING SIRI 2/2022

 DSC0575  DSC0577  DSC0595
 DSC0662  DSC0669  DSC0688

 

KINRARA, 15 Sep 22 – Bahagian Materiel, Markas Tentera Udara telah mengadakan majlis penutup Kursus Performance Based Contracting siri 2/2022 yang disempurnakan oleh Pengarah Materiel, Brig Jen Mohamad Fakhri bin Yahya TUDM di Dewan Banquet, Wisma Perwira INSMAT.

Kursus pada siri ini dihadiri oleh 17 peserta anggota LLP. Peserta kursus telah mempelajari beberapa topik berkaitan proses perkhidmatan perolehan kerajaan melalui pelantar kontrak dan juga telah mempelajari pembentukan kontrak khususnya kontrak yang berkonsepkan Performance Based Contracting.

Dalam ucapan Pengarah Materiel, beliau menyarankan supaya dapat mengembangkan pengetahuan ini kepada semua peringkat anggota dan rakan sejawat seterusnya berperanan sebagai agen penyumbang ke arah menjadikan PBC bukan sahaja memperbaiki tatacara perolehan sedia ada, malah mampu mengoptimumkan perbelanjaan organisasi dalam mengekalkan keupayaan aset yang strategik dan bernilai tinggi.