MAJLIS PENUTUP KURSUS PEGAWAI KESELAMATAN SIRI 82/2022

WhatsApp Image 2022 05 20 at 15602 PM WhatsApp Image 2022 05 20 at 20118 PM DSC 0141

 

SUBANG, 20 Mei 22 - Inspektor Jeneral Tentera Udara, Brig Jen Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM telah menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Penyelia Keselamatan Siri 14/2022 yang dikendalikan oleh MTU Inspektorat yang diadakan di Mini Auditorium PLTT Angkut, Pangkalan Udara Subang.

Kursus yang dikoordinasikan oleh Mej Mohd Rizal bin Ramli TUDM ini bermula 17 Mei 22 hingga 20 Mei 22 telah dihadiri seramai 28 orang PTT Kanan dari TUDM dan dua (2) PTT Kanan dari KD Rajawali, Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).

Sepanjang kursus ini berlangsung, peserta telah didedahkan dengan konsep asas keselamatan, RMAF Safety Roles and Organization, Safety Management System (SMS), Safety Risk Management (SRM), tugas-tugas pegawai keselamatan di unit dan lain-lain lagi. Di akhir kursus, peserta telah diuji dengan Summative Knowledge Assessment (SKA) bagi memastikan setiap pembelajaran difahami dengan baik dan jelas.

Turut hadir sama pada majlis ini, Pegwai Staff 1 Siaga Inspektorat TUDM, Lt Kol Azhari bin Ramli TUDM dan Pegawai Memerintah PLTT Angkut, Lt Kol Ahmad Shahir bin Hj. Abd Malek TUDM.