MAJLIS PENUTUP KURSUS JURULATIH MENYELAMAT KELEMASAN DAN MENYELAMAT KELEMASAN PINGAT GANGSA ANJURAN MTU-CAWANGAN PERKHIDMATAN (SEKSYEN PEMBANGUNAN SUKAN TUDM)

Untitled design 2 Untitled design 1 Untitled design
Untitled design 3 Untitled design 4

 

SENDAYAN, 23 Jun 23 – Markas Tentera Udara-Cawangan Perkhidmatan (Seksyen Pembangunan Sukan TUDM) telah menganjurkan Kursus Jurulatih Menyelamat Kelemasan dan Menyelamat Kelemasan Pingat Gangsa bertempat di Pusat Akuatik, Kompleks Sukan TUDM, Pangkalan Udara Sendayan. Kursus yang diadakan selama 5 hari ini telah bermula dari 19 hingga 23 Jun 23.

Seramai 20 Jurulatih Jasmani TUDM yang terlibat untuk penganjuran kali ini dimana masing-masing adalah yang bertugas di pangkalan dan pusat latihan TUDM dan ATM. Kursus ini diadakan bertujuan bagi memantapkan kesiapsiagaan dan kepakaran Jurulatih Jasmani TUDM dalam membuat pengawalan dan pemantauan semasa melaksanakan aktiviti di permukaan air khususnya di kolam renang. Kursus ini telah dilaksanakan dengan kerjasama bersama Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Persatuan Menyelamat Kelemasan Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Majlis penutup kursus ini telah disempurnakan Pegawai Staf 1 Psikologi mewakili Asisten Ketua Staf Tadbir dengan Penyampaian Sijil kepada semua peserta yang terlibat. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan penganjuran kursus ini.