BUTTERWORTH, 2 Nov 20 – Asisten Ketua Staf Kejuruteraan, Mej Jen Ir. Mohamad Razip bin A.Samad TUDM telah merasmikan majlis penutup Kursus Explosive Ordnance Disposal Officer (EODO) Siri 17/20 dan Kursus Basic Armament Course (BAC) Siri 10/20 di Institut Teknologi Senjata dan Bahan Letupan, Pangkalan Udara Butterworth. Seramai 10 orang pegawai dan 21 orang anggota LLP telah berjaya menamatkan kursus ini.
Terlebih dahulu, ketibaan beliau telah disambut oleh Pegawai Memerintah ITSBL, Ketua Cawang Kejuruteraan dan Ketua Flait Kejuruteraan dari No 15 Skn dan No 18 Skn.
AKS Kejuruteraan turut berkesempatan untuk membuat Lawatan Kerja ke No 3 Skn, Precision Measuring Equipment Laboratory (PMEL, Ruang Senggaraan (Bay Servicing) di Flait Aeromech Cawang Kejuruteraan serta tinjauan ke atas fasiliti Hangar No 12 Skn.
Beliau turut menyampaikan amanat kepada pegawai dan anggota kejuruteraan pangkalan agar sentiasa berusaha meningkatkan tahap kemahiran dan penguasaan ilmu berkaitan sistem pesawat dan persenjataan yang sering dikendalikan di unit masing-masing. Ujar beliau setiap anggota perlu menggunakan peluang berkhidmat di dalam organisasi kejuruteraan TUDM untuk meneroka ilmu pengetahuan yang lebih mendalam agar fungsi dan peranan mereka sentiasa relevan dengan perkembangan teknologi terkini.