MAJLIS PENUTUP KURSUS DAN PENYAMPAIAN SIJIL BAGI KURSUS-KURSUS INSPRA

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

KUANTAN, 9 Nov 23 - Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Search and Rescue Mission Coordinator Course (SARMC) Siri 17/23, Kursus Trade Instructor Course - Air Traffic Control Officer (TIC-ATCO) Siri 6/23, Kursus Fire Safety Technician Course Siri 35/23 dan Kursus Advance Aero Firefighter Course (AAFC) Siri 75/23 bertempat di Auditorium Sekolah Bomba Menyelamat (SBM). Penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Komandan INSPRA, Kol Mohd Shahfreen bin Baba TUDM diiringi oleh Ketua Sekolah Bomba dan Menyelamat Mej Muhamad Zamri bin Harun TUDM.

Mendahului senarai penerima sijil adalah peserta Kursus SARMC Siri 17/23 yang disertai oleh sembilan (9) pegawai TUDM dan seorang pegawai daripada Philippines Air Force. Majlis diteruskan dengan penyampaian Kursus TIC-ATCO Siri 6/23 yang disertai oleh lima (5) pegawai, Kursus FSTC Siri 35/23 yang disertai oleh 20 anggota LLP manakala Kursus AAFC Siri 75/23 disertai oleh tiga (3) anggota LLP Tentera Darat Malaysia dan 16 anggota LLP TUDM.

Di dalam ucapan penutup, Komandan INSPRA telah merakamkan ucapan tahniah kepada semua peserta kursus yang telah menamatkan kursus dengan jayanya serta turut menasihati peserta kursus agar dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti, menghasilkan mutu kerja yang baik seterusnya menjadi pegawai dan anggota harapan oleh pihak atasan serta role model kepada anggota bawahan.

Majlis ini turut dihadiri Ketua-ketua Sekolah dan Bahagian serta barisan Jurulatih INSPRA.