MAJLIS PENUTUP KURSUS BASIC FIRE OFFICER SERIAL 10/21

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

KUANTAN, 2 Mac 22 – Ketua Staf Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara, Brig Jen Abdul Halim bin Othman TUDM telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Lencana Ketukangan dan Penutup Kursus “Basic Fire Officer Serial” 10/21 di Auditorium SBM, INSPRA, PU Kuantan pada hari ini.

Seramai tujuh (7) Pegawai TUDM dan tiga (3) Pegawai TDM telah menjalani kursus ini bermula pada 6 Sep 2021 hingga 4 Mac 2022. Objektif utama kursus untuk melatih pegawai melalui teori dan praktikal dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Pegawai Bomba di unit masing-masing.

Anugerah Pelatih Teori Terbaik disandang oleh Lt M Muhammad Aqil bin Zabidin TUDM, Anugerah Pelatih Amali Terbaik disandang oleh Lt Muhamad Azlan bin Mat Zuki TUDM dan Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan bagi Kursus “Basic Fire Officer Serial” 10/21 disandang oleh Lt Muhammad Adib bin Suterisno@Anuar TUDM.

Turut hadir dalam majlis ini Komandan INSPRA, Kol Shahfreen bin Baba TUDM; Pegawai Staf 1 Bomba, Lt Kol Muhamad Nasir bin Muhamad TUDM; Pegawai Staf 1 Sel Kerjaya, Kor Perkhidmatan Diraja, Lt Kol Asmadi bin Abu Hassan, Ketua-ketua Sekolah, Pegawai-pegawai serta Jurulatih sekolah.

 

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer