MAJLIS PENUTUP KURSUS DAN PEMAKAIAN LENCANA KEPAKARAN SAYAP HANTARAN UDARA TUDM DI INSMAT TUDM KINRARA

WhatsApp Image 2021 04 16 at 131039 WhatsApp Image 2021 04 16 at 131039 1 WhatsApp Image 2021 04 16 at 131039 2
WhatsApp Image 2021 04 16 at 131041 WhatsApp Image 2021 04 16 at 131041 1 WhatsApp Image 2021 04 16 at 131042

 

KINRARA ,16 April 21 - Majlis Penutup Kursus Advance Materiel Officer (AMO) Siri 11/21, Pegawai Penguji Pemandu dan Operator (PPPO) Siri 16/21 serta pemakaian Lencana Kepakaran Sayap Hantaran Udara TUDM telah disempurnakan oleh AKS Materiel, Brig Jen Zainal bin Abdul Manaf TUDM. Turut hadir pada majlis berkenaan adalah AKS A4-MPOU, Kol Mohd Nor Rasid bin Samingon TUDM, Pengarah Materiel, Kol Izani bin Salleh TUDM, serta pegawai-pegawai kanan Materiel. Seramai 12 pegawai daripada kursus AMO serta 16 anggota daripada kursus PPPO daripada pelbagai unit terlibat dalam penyampaian sijil tamat kursus.

Penuntut Akademik Terbaik bagi Kursus Advance Materiel Officer Siri 11/21 disandang oleh Kapt Zuriahfahni binti Mohd Razin TUDM (KTU) manakala Penuntut Kursus Terbaik Keseluruhan disandang oleh Kapt Daniyal bin Kamaludin TUDM (MTU-BSM). Bagi Kursus Pegawai Penguji Pemandu dan Operator Siri 16/21, Penuntut Kursus Akademik Terbaik disandang oleh Sjn U Nor Affendy bin Mohd Nasir (INSMAT) dan Penuntut Kursus Terbaik Keseluruhan disandang oleh FSjn Rafi bin Mat Azim (IPP).

Turut disempurnakan dalam majlis tersebut adalah pemakaian Lencana Sayap Hantaran Udara TUDM yang melibatkan 12 pegawai dan anggota daripada tred Materiel, PPK serta PASKAU dari pelbagai unit TUDM. Bagi mendapat kelayakan lencana berkenaan, pegawai anggota mestilah lulus Kursus Krew Hantaran Udara TUDM serta terlibat dengan aktiviti guguran secara langsung bagi alatan berat dalam operasi TUDM.

Di akhir ucapan, AKS Materiel berpesan supaya semua peringkat pegawai dan anggota sentiasa komited dengan tugasan yang diberikan bersandarkan pengetahuan (knowledge) dan kemahiran (skill) yang telah diajar serta mengamalkan sikap (attitude) yang mulia seiring dengan lima nilai teras TUDM.