IPOH, 4 Jul 22 - Sekolah Latihan Kawad (SLK), Akademi Tentera Udara (ATU) telah mengadakan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Tamat Kursus Jurulatih Kawad Pasukan Siri 80/22 yang disempurnakan oleh Komandan ATU, Kol Junairi bin Baharom TUDM bertempat di Dewan Rajawali ATU.
Seramai 26 orang penuntut kursus daripada pelbagai unit di dalam TUDM telah berjaya menamatkan kursus yang berlangsung selama lima (5) minggu ini dengan jayanya. Objektif utama kursus ini adalah bertujuan untuk melahirkan jurulatih kawad yang berwibawa yang boleh mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan disiplin di tahap yang terbaik.
Terdapat tiga (3) anugerah yang telah disampaikan oleh Komandan ATU iaitu Penuntut Terbaik Keseluruhan dan Kawad Terbaik telah disandang oleh Kpl U Syed Kamarul Ariffin bin Wan Morsidi dari Pangkalan Udara Kuching manakala Akademik Terbaik pula dianugerahkan kepada Sjn U Mohd Fitri Bin A. Rahman dari Pangkalan Udara Butterworth.
Semoga semua penuntut kursus dapat memanfaatkan ilmu yang telah dipelajari di pasukan masing-masing serta menjadi jurulatih kawad yang berkaliber dan disegani bukan sahaja di peringkat TUDM malah di peringkat ATM. Syabas dan selamat maju jaya.