ALOR SETAR, 1 Jun 23 – Majlis Penutup dan Penyampaian Lencana Kejuruteraan Kursus Pegawai Kejuruteraan Jentera Dan Elektronik Kapal Terbang (KPKJEK) Siri 34/22 telah diadakan di Dewan Aeroangkasa, Kolej Tentera Udara (KTU). Majlis telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Kejuruteraan, Mej Jen Hishammuddin bin Abdul Rahman TUDM. AKS Kejuruteraan diiringi oleh Komandan KTU, Brig Jen Ramli bin Mohd Abdul Jabar TUDM serta Pegawai Memerintah ITAS Kol Rizam bin Ibrahim TUDM. Seramai 17 peserta kursus KPKJEK Siri 34/22 telah berjaya menamatkan kursus tersebut yang terdiri daripada 16 pegawai TUDM dan 1 pegawai TLDM. Bagi pelatih terbaik keseluruhan KPKJEK Siri 34/22 disandang oleh Lt Muhammad Ikhwan Shafiq bin Mohd Zudi TUDM manakala pelatih terbaik akademik disandang oleh Lt Charern a/l I Seet TUDM. Majlis tersebut telah disaksikan oleh Pegawai-pegawai Memerintah, Ketua-ketua Cawangan serta barisan jurulatih-jurulatih ITAS.