MAJLIS PENUTUP AIR DEFENCE SIMULATION EXERCISE (ADSIMEX) 6/23

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

KOTA SAMARAHAN, 8 Sep 23 - Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato’ Wan Amin Hafiz bin Wan Mahmud TUDM, telah merasmikan Majlis Penutup Air Defence Simulation Exercise (ADSIMEX) 6/23 bertempat di Atrium Operasi Skn 330 TUDM.

Sebelum ucapan perasmian penutup, upacara pemakaian patch ADSIMEX kepada Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato’ Wan Amin Hafiz bin Wan Mahmud TUDM; Komandan Maktab Tentera Diraja, Mej Jen Dato’ Hj Mohd Shaifuddin bin Mohd Shariff TUDM; Pemangku Komander Pangkalan Udara Kuching, Lt Kol Muhammad Amir bin Abdullah TUDM dan Pegawai Laksana JAMCC, Kol Ivan John Row TUDM disempurnakan oleh Komander CRC 2, Lt Kol Zainal Abidin bin Yahia@Yahaya TUDM.
Seterusnya, dalam ucapannya Panglima Wilayah Udara 2, menzahirkan tahniah kepada semua peserta eksesais. Beliau juga percaya bahawa kejayaan yang dicapai sepanjang eksesais ini berlangsung adalah hasil daripada komitmen serta dedikasi yang tinggi dari semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

ADSIMEX 6/2023 adalah eksesais tahunan yang melibatkan pegawai-pegawai Cawang Kawal Dan Lapor serta anggota LLP ketukangan Juruteknik Pengawasan Udara (JPU. Eksesais ADSIMEX pertama kali dilaksanakan pada tahun 2018 di mana pelaksanaannya hanya di peringkat tactikal di CRC. Namun, telah diperkembangkan ke peringkat operasi yang melibatkan Regional Air Operation Centre (RAOC) serta turut disertai elemen Ground Base Air Defence (GBAD), unit-unit laut (Naval Forces) dan juruterbang dari skn-skn pesawat TUDM.

ADSIMEX dilihat sebagai satu platform yang berpotensi dalam memberikan latihan lanjutan kepada pegawai dan anggota khususnya yang bertugas di CRC dan RAOC. Latihan ini juga dapat menguji petugas-petugas di bilik operasi tersebut serta dapat meningkatkan keberkesanan saluran komunikasi pada jajaran perintah dan kawalan TUDM.

Beliau turut menegaskan bahawa tugas mengawasi ruang udara negara, perlu mengambilkira adanya ancaman persekitaran geostrategik global dan serantau yang semakin kompleks serta ancaman bukan kinetik yang boleh berlaku pada sebilang masa. Justeru itu, menuntut warga TUDM khususnya bersikap lebih realistik untuk terus bergerak ke hadapan serta cara berfikir dan cara melihat kepada sesuatu perkara atau keperluan perlu diubah bagi memastikan kehendak situasi semasa dapat dipenuhi. Konsep ”learn, unlearn and relearn” yang diperolehi sepanjang ADSIMEX kali ini perlu sentiasa diadaptasi dan diaplikasi agar menjadi warga TUDM kelas pertama yang relevan, inovatif dan berdaya saing.