SENDAYAN, 11 Mei 21 – Majlis Pengagihan Sumbangan Beg Raya Aidilfitri 2021 Peringkat Pangkalan telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Kol Haji Ahmad bin Yusof TUDM bertempat di Foyer, Markas PU Sendayan. Turut bersama dalam majlis adalah Pegawai-Pegawai Eksekutif dan Pegawai Waran Pangkalan. Majlis ini telah dilaksanakan dengan mematuhi SOP COVID-19.
Pengagihan Sumbangan Beg Raya ini adalah sebagai satu penghargaan kepada pegawai dan anggota-anggota yang akan bertugas pada 1 Syawal, 2021. Di samping pengagihan beg raya, Komander Pangkalan juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua yang hadir dalam majlis ini. Beliau turut mengingatkan kepada semua bakal petugas pangkalan agar mematuhi SOP COVID-19 dan seterusnya menentukan keselamatan pangkalan.