SUBANG, 23 Ogos 21 – Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Omar bin Hj Dawami TUDM telah menyempurnakan Majlis Pembukaan Multi Engine Conversion Course (MECC) Siri 9/21 yang diadakan di Bilik Adenium, PLTT Angkut.
Majlis ini turut dihadiri oleh Pegawai Memerintah PLTT Angkut, Lt Kol Ahmad Shahir bin Haji Abd Malek TUDM serta semua eksekutif skuadron dan diadakan pada skala yang kecil.
Kursus MECC 09/21 terdiri daripada tujuh pelatih penerbangan yang baru sahaja menamatkan Kursus Asas Penerbangan (KAP) di Institut Penerbangan 1 (INSPEN 1), Kolej Tentera Udara, Alor Setar, Kedah.
Majlis ini dilaksanakan dengan mengamalkan SOP yang ketat dan mematuhi segala arahan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi mencegah penularan COVID-19.