KUANTAN, 25 Jan 24 – Komander Pangkalan Brig Jen Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM telah menyempurnakan Majlis Pembukaan Kursus Peralihan Komander Pesawat EC 725 AP Siri 1716/24 dan Kursus Peralihan Kuartermaster Udara Pesawat EC 725 AP Siri 2114/24 di Auditorium No 10 Skn.
Kursus peralihan komander pesawat ini disertai oleh empat (4) pembantu Juruterbang dari No 10 Skn dan tiga (3) pembantu juruterbang dari No 5 Skn, PU Labuan, manakala bagi kursus peralihan Kuartermaster Udara disertai oleh enam (6) pelatih berpangkat L/Sjn U.
Kursus peralihan komander ini akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu fasa kajian bawah dan fasa penerbangan dan dijangka akan tamat pada 18 Jun 24. Bagi kursus peralihan kuartermaster udara pula akan menjalani 3 fasa iaitu fasa kajian bawah, fasa penerbangan asas dan fasa penerbangan lanjutan.
Turut hadir dalam majlis ini Kol Mohammed Firdauz bin Hj Osman TUDM Komandan Intitut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) dan Lt Kol Ahmad Farhan bin Ahmad TUDM Pegawai Memerintah No 10 Skn.