MAJLIS PEMBUKAAN KURSUS MULTI ENGINE CONVERSION COURSE SIRI 12/24

1 2 3
4 5 6

 

SUBANG, 22 Apr 24 – Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato' Mahadzer bin Amin TUDM telah menyempurnakan Majlis Pembukaan Multi Engine Conversion Course (MECC) Siri 12/24 yang diadakan di Auditorium No 20 Skuadron.

Majlis ini turut dihadiri oleh Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Yusri bin Jamari TUDM, Pemangku Pegawai Memerintah PLTT Angkut, Mej Ilham Roshandy bin Azwir Zulfian TUDM serta semua Pegawai Eksekutif Pangkalan.

Kursus MECC 12/24 terdiri daripada 18 pelatih kursus penerbangan yang telah menamatkan Kursus Asas Penerbangan (KAP) di Institut Penerbangan 1 (INSPEN 1), Kolej Tentera Udara.

Tahniah diucapkan kepada semua pelatih kursus yang telah berjaya terpilih untuk menjalani kursus ini. PLTT Angkut mengucapkan selamat maju jaya dan semoga terus berusaha untuk menamatkan kursus dengan jayanya.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer