MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT, PENYAMPAIAN LENCANA JURULATIH SERTA SERAHAN CEK TABUNG KEBAJIKAN ATM DAN SUMBANGAN TABUNG KSSKA

1 1 2 2
3 2 4

 

SUBANG, 21 Dis 20 – Panglima Bantuan Udara, Lt Jen Dato’ Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat, Penyampaian Lencana Jurulatih serta Serahan Cek Tabung Kebajikan ATM dan Sumbangan Tabung KSSKA kepada anggota Markas Pemerintahan Bantuan Udara.

Seramai seorang Pegawai dan dua anggota LLP telah dinaikkan pangkat manakala seramai sembilan Pegawai dan seorang anggota LLP telah menerima Lencana Jurulatih. Majlis ini diteruskan lagi dengan penyerahan Cek Tabung Kebajikan ATM kepada dua anggota LLP dan sumbangan Tabung KSSKA kepada 17 penerima terdiri daripada pegawai dan anggota LLP yang mempunyai anak istimewa, anak sakit kronik serta pasangan sakit kronik.

Majlis ini turut disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan Markas Pemerintahan Bantuan Udara yang hadir bersama di Auditorium Markas.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer