MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI STAF MATERIEL DAN SUMBANGAN AIDILFITRI DISEMPURNAKAN OLEH AKS MATERIEL

1 2
3 4

 

KUALA LUMPUR, 17 Mac 23 – Asisten Ketua Staf Materiel, Brig Jen Nor Azmi bin Abdul Rahman TUDM telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat pegawai Materiel dan sumbangan Aidilfitri di Pejabat MTU SISMAT hari ini. Seorang pegawai telah dinaikan pangkat sebenar Mejar TUDM iaitu Kapt Zuriahfahni binti Mohd Razin TUDM.

AKS Materiel turut menyampaikan ucapan ringkas pada majlis ini yang mana beliau memberi penghargaan kepada anggota yang dinaikan pangkat serta menegaskan agar terus meningkatkan prestasi kerja dan mutu perkhidmatan. Beliau juga berharap agar lebih banyak kenaikan pangkat bagi pegawai dan anggota Materiel pada masa akan datang. Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri beliau menasihatkan supaya pegawai dan anggota yang akan pulang ke kampung halaman perlu merancang perjalanan dan berhati-hati ketika memandu.

Turut hadir ke Majlis Pemakaian Pangkat ini adalah Pengarah Materiel, Pengarah Belanjawan, Pegawai – Pegawai serta warga MTU Materiel.