KEMPEN PENCEGAHAN RASUAH PANGKALAN UDARA KUANTAN

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

KUANTAN, 26 Jul 23 – Pangkalan Udara Kuantan telah mengadakan Kempen Pencegahan Rasuah dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pahang bertempat di Auditorium INSPRA, hari ini.

Kempen ini diadakan untuk memberi pencerahan berkenaan rasuah dan salah guna kuasa dari pengertian undang-undang, menerangkan Akta Perlindungan Maklumat 2010 (Akta 711) dan menyemai nilai integriti dan anti rasuah dalam setiap warga pangkalan. Antara aktiviti yang diadakan adalah pameran sudut integriti dan ceramah yang disampaikan oleh Penguasa Kanan Ahmad Rizal bin Samat dari Unit Siasatan SPRM Negeri Pahang. Selain itu, turut diadakan penyampaian hadiah bagi Pertandingan Mereka Cipta Poster Digital Integriti yang bertajuk “TIPU” yang disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM.

Turut hadir ke program ini, Pegawai Eksekutif Pangkalan, Kol Zulkefli bin Hj Samsu Hadi TUDM, Pegawai-pegawai Memerintah dan Ketua-ketua Cawangan.