![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 3 Jul 2025 – Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah mengadakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai dan LLP serta Penyampaian Sumbangan Wang Kebajikan. Majlis ini telah disempurnakan oleh Kol Mohammed Firdauz bin Haji Osman TUDM, Komandan INSPRA.
Majlis pemakaian pangkat ini melibatkan seorang Peserta Kursus Pegawai BATCO Siri 48/25 iaitu Lt M Fong Xhine Jiyhie TUDM yang telah dinaikkan pangkat kepada Lt TUDM. Bagi staf INSPRA, PW U II Mohd Firdaus bin Abu Samad telah dinaikkan pangkat kepada P/PW U I manakala Sjn U Nasarudin bin Muhamad Maskuri dinaikkan pangkat kepada P/FSjn. Selain itu, seramai 32 penuntut kursus INSPRA turut terlibat yang terdiri daripada satu (1) PK Kursus SKPU TIC – AD Siri 13/25 manakala 29 PK dari Kursus AATCA Siri 57/25 dan dua (2) PK Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang mengikuti Kursus BATCA Siri 56/25.
Majlis turut disusuli dengan penyampaian Sumbangan Wang Kebajikan kepada lima (5) staf INSPRA sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan pihak pengurusan terhadap kebajikan warga kerja.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Ketua Cawangan Operasi PU Kuantan, Lt Kol Muhammad Halid bin Abd Hamid TUDM serta jemputan khas mewakil TLDM, Lumut Pegawai Navy Liaison Officer (NLO) dari SKN 320 PU Kuantan Lt Kdr Johari bin Mamat TLDM.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pegawai dan anggota yang telah dinaikkan pangkat. Semoga kenaikan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus meningkatkan mutu kerja dan menyumbang dengan lebih cemerlang dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) khasnya, syabas.