SUBANG, 1 Okt 21 – Ketua Staf Markas Pemerintahan Bantuan Udara, Brig Jen Samir bin Abas TUDM telah menyempurnakan pemakaian pangkat, sumbangan kebajikan, dan sumbangan surau kepada anggota Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU) yang diadakan di auditorium markas hari ini.
Upacara pemakaian pangkat ini menyaksikan dua anggota LLP berpangkat Koperal Udara (Kpl U) telah dinaikan pangkat ke Pemangku Sarjan Udara (P/Sjn U) dan, enam anggota berpangkat Laskar Udara Kanan (LUK) dinaikan pangkat ke Pemangku Koperal Udara (Kpl U).
Sementara itu, Ketua Staf MPBU turut menyempurnakan penyampaian Sumbangan Kebajikan MPBU, Sumbangan Musa'adah ATM dan Tabung Kebajikan TUDM kepada pegawai dan anggota yang berkhidmat di MPBU. Sumbangan ini diberikan kepada anggota atau waris yang sedang berada di wad atau menerima rawatan di hospital, anak istimewa serta anak menghidap sakit kronik serta pegawai dan anggota yang pernah disahkan positif Covid-19.
Majlis diakhiri dengan sumbangan kepada surau-surau bahagian di MPBU. Sekalung tahniah diucapkan kepada anggota yang dinaikkan pangkat serta didoakan semoga cepat sembuh kepada anggota dan waris yang menerima sumbangan kebajikan.