SUBANG, 2 OKT 24 - Ketua Staf Markas Pemerintahan Bantuan Udara, Brig Jen Sharani bin Kamaruddin telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat kepada sembilan (9) anggota LLP yang bertugas di Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU).
Mendahului senarai ialah F/sjn Che Mohd Safari bin Che Pa yang dinaikkn pangkat ke pemangku PW U II. Seterusnya, Sjn U Aiz Fitra bin Ayob, Sjn U Hafizi bin Ahmad Tarmizi, Sjn U Mohd Sufri bin Ramli, Sjn U Muhammad Adnan bin Abdul Latif, Sjn U Mohamad Azrul bin Jamal dan Sjn U Muhammad Noor bin Johari telah dinaikkan pangkat ke pemangku Flait Sarjan. Manakala LUK Rodzafiandiee bin Ridzuan dan LUK Awang Nur Akif bin Awang Supie pula dinaikkn pangkat ke pemangku Koperal Udara.
KS MPBU serta seluruh warga MPBU mengucapkan sekalung tahniah kepada anggota anggota yang telah dinaikkan pangkat tersebut. Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan turut menjadi motivasi dan inspirasi kepada anggota anggota TUDM yang lain.