MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA LLP ITSBL TUDM

1 2 3
4 5 6

 

BUTTERWORTH, 10 Jul 2025 – Pegawai Memerintah ITSBL TUDM, Lt Kol Iswandi bin Ishak TUDM telah menyempurnakan majlis pemakaian pangkat kepada empat (4) anggota lain-lain pangkat bertempat di Bilik Mesyuarat Institut Teknologi Senjata dan Bahan Letupan TUDM PU Butterworth.

Anggota yang dinaikkan pangkat ialah PW U II Mohd Zahid bin Zakira telah dinaikkan pangkat ke PW U I, F/Sjn Mohd Zakri bin Shafie telah dinaikkan pangkat ke PW U II, Sjn U Mohammad Naim bin Mohd Nayan telah dinaikkan pangkat ke F/Sjn. Manakala, Bintara Muda TLR Muhammad Amin bin Hasan telah dinaikkan pangkat ke Bintara Kanan.

Tahniah diucapkan kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat. Semoga dapat menggalas tanggungjawab yang telah diberikan seiring dengan kehendak perkhidmatan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN