SENDAYAN, 7 Jan 2021 - Satu majlis pemakaian pangkat anggota LLP telah diadakan bertempat di Kompleks Mahkamah Tentera, PU Sendayan. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Perundangan, Kol Norazrin bin Shamsudin TUDM.
Anggota yang dinaikkan pangkat adalah Sarjan Udara Roszaidi bin Mohd Ros. Beliau telah dinaikkan pangkat ke Pemangku Flait Sarjan berkuatkuasa mulai 4 Jan 21 dan memegang jawatan sebagai Ketua Kerani Cawangan Perundangan.
Pengarah Perundangan dan seluruh warga Cawangan Perundangan merakamkan ucapan tahniah kepada beliau.