KUALA LUMPUR, 3 Jul 24 – Asisten Ketua Staf Perancangan & Pembangunan, Mej Jen Dato’ Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat anggota LLP bahagian Perancangan & Pembangunan yang diadakan di Bilik Mesyuarat P&P, hari ini.
Dalam majlis ini menyaksikan Sjn U Muhamad Eyqbal bin Mahadzir dan Sjn U Mohd Zairul Amri bin Yaacob telah dinaikkan pangkat ke Pemangku Flait Sarjan.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua anggota LLP yang dinaikkan pangkat. Semoga dengan kenaikan pangkat ini anggota akan terus cemerlang dan berdedikasi dalam menggalas tugas yang dipertanggungjawabkan.