MAJLIS PEMAKAIAN LENCANA TRED DAN PENYAMPAIAN SIJIL SERTA PENUTUP KURSUS BOMBA KELAS II (BASIC AERO FIREFIGHTER) SIRI 62/25

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

KUANTAN, 13 Ogos 2025 - Sekolah Bomba dan Menyelamat (SBM), Institut Latihan Pengurusan dan Ruang Angkasa (INSPRA) telah menganjurkan Majlis Pemakaian Tred, Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Bomba Kelas II (Basic Aero Firefighter) Siri 62/25, yang berlangsung di Auditorium SBM, INSPRA.

Majlis disempurnakan oleh Trade Master Bomba TUDM, Lt Kol Muhamd Nasir bin Muhamad TUDM, dan turut dihadiri oleh Komandan INSPRA, Kol Mohammed Firdauz bin Hj Osman TUDM, Ketua Jurulatih Latihan, Ketua-ketua Sekolah dan Bahagian, pegawai-pegawai, barisan jurulatih dan staf sokongan.

Buat julung kalinya dalam sejarah penganjuran majlis penutup pada kali ini turut diserikan dengan kehadiran ibu bapa graduan yang dijemput khas bagi menyaksikan sendiri detik bersejarah tersebut. Kehadiran para ibu bapa bukan sahaja menambahkan seri majlis, malah menjadi sumber inspirasi dan semangat kepada para graduan yang telah berusaha gigih sepanjang tempoh kursus. Suasana penuh emosi dan kebanggaan jelas terpancar, apabila para graduan berdiri megah menerima pengiktirafan di hadapan insan yang tersayang.

Seramai 29 graduan berpangkat Laskar Udara II telah berjaya menamatkan kursus yang berlangsung selama lebih lima bulan bermula 3 Mac hingga 21 Ogos 2025.

Kursus ini bertujuan melahirkan anggota bomba TUDM yang berpengetahuan serta berkemahiran tinggi dalam Tred Ahli Bomba TUDM, khususnya bagi melaksanakan tugas sebagai branchman dalam operasi pemadaman kebakaran dan pemeriksaan peralatan menyelamat, seperti yang digariskan dalam RMAF Firefighter Occupational Specification.

LU II Mohamad Arif bin Ahmad Ghazali telah dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Teori, Amali dan Keseluruhan, setelah menunjukkan pencapaian cemerlang sepanjang kursus ini berlangsung.

Dalam ucapannya, Trade Master Bomba TUDM merakamkan penghargaan dan tahniah kepada semua graduan yang berjaya menamatkan kursus, serta berharap ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam pelaksanaan tugas di unit masing-masing.

Beliau turut mengucapkan syabas kepada LU II Mohamad Arif bin Ahmad Ghazali atas kejayaan luar biasa merangkul ketiga-tiga anugerah utama.Majlis diakhiri dengan sesi ramah mesra bersama keluarga graduan dan sesi bergambar kenang-kenangan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN